Friday, January 21, 2011

Salad for a day

Muke ku yang lebar lagi padat ini telah menerima tamparan yang sangat gagah perkasa dari bukan si lelaki yang asing baginya tetapi telah berkenalan sejak lahir lagi. En Mesin Bin Penimbang or name english die Weighing machine. Eh weighing scale. Ahh bolehla tuhh. Kuase nak pegi google semata-mata. Alaa ni weighing scale yang kene masuk 20 sen dekat shopping mall tu. Yang suke berada di tempat-tempat paling selalu orang lalu dan lalang. Memang saje kan kau? Banyak-banyak kawasan lapang dan sunyi macam dekat tepi toilet ke, dekat tempat parking kete ke, hmm, tu tak kut, nanti kang tengah melayan perasaan nak menimbang tu kene ragut pulak. Hmmphh.

So the point is, sila la jangan letak mesin-mesin tu dekat depan entrance Jusco ke, depan escalator ke, kira tempat-tempat yang confirm akan ada mata yang selain dari si penimbang untuk dilihat. Alaa padahal p.cik yang lalu curi-curi pandang berat orang tu sebenarnya nak timbang jugak la tuh. Takutla tu orang pandang. Perut da gendang gendut tali kecapi. So, lepas ni, kalau nampak je ada awek ke m.cik ke tengah melaksanakan tugas diaorang dekat atas penimbang tu, sila jalan pandang ke bawah dan jalan dengan speed 80 km/h terus menuju ke destinasi pilihan. Ehh banyak soal plak. 80 km/h tu lepas la lagi kat atas jalan. So, sayalah mangsa keadaan kepada mata-mata sebab kat rumah takde weighing scale. Maklumlah tak mampu nak beli. Dari baby sampai sekarang kan memang graper (-_-'). Lagipun besar kut nak letak kat dalam bilik ku yang kerdil ini.



Muat ke ni nak letak dalam bilik?


Lepas dah menerima tamparan yang hebat dari encik penimbang, masih tak nak menerima kenyataan. Biasela mesin-mesin macam ni. Sehari macam-macam jenis orang naik turun, so memang confirm punyalah ada ralat. Confirm sangat dah ni sebab kakak yang lepas I timbang tu pun muka macam tak boleh terima kenyataan gile lah. So hati bajet senang la kan sebab konon ralat tadi. Dalam senyap-senyap tu risau sampai berpeluh-peluh jugak. Otakla yang berpeluh sebab penat fikir nape diaorang tak hantar mesin tu untuk calibration. Ralat teruk sangat dah tu. Tapi dalam hati, "Hmm patutla skinny yang baru beli aritu macam ketat semacam je". Eh hati bole berfikir ke? Correction. Dalam kepala :).

Balik terus cuba balik seluar tu. Tak pernah pakai lagi ni. Rasa dah macam main tarik tali berusaha nak muatkan sampai ke atas. Hmm. Tadi kan mesin dah ralat. Skinny pun ralat ke? Dalam kepala lagi "Kecut ke seluar ni? Basuh pun tak pernah lagi. Ke diaorang terjahit salah size dekat tag kain tu? Manufacture defect la tuh". Ya Allah, tak sedor diri lagi. Nak jugak cari penyebab ketidakmuatan ke dalam jeans kurus itu. Akhirnya, setelah mendengar kisah-kisah hidup yang memberi inspirasi oleh zee Aqila Zainal I akur di atas ketidakralatan mesin penimbang tadi. Asyik dapat fame je Qila ne. Sila bayar di atas perkhidmatan saya mempopular kan nama anda :). Qila was telling me how she and her dad go for a walk every petang and how shes been eating salad mostly at night made me peed in my pants. Seriously. Haha. Berlebihla kau ne.

From that day, I was determined to do the same thing. (*lagu negaraku for the background*). Malaysia boleh. Aku pun boleh! Haa dah macam nak main badminton pulak. So, I pledge to my bantal wangi, that I will try my best to only have salad every night. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tidak termasuk hari minggu, cuti umum dan hari-hari special. Pastu kira-kira tinggal lah dalam 5-6 hari dalam sebulan tuh yang membolehkan kempen "Salad for a day" ini. Okayla tu. Yang penting ada kemahuan. 5-6 hari tak makan nasi, gigil tu. Saya orang melayu yang sejati. Lagi sejati bila nasi bertambah. Perghhh. I hate doing this alone, so I forced me mummehh to sign up for the campaign. Perghh mak datuk. Semangat sakan my mom nak turut bersama. Terus bagi duit suruh pegi beli barang-barang malam tu jugak untuk nak memulakan ekspidisi ni.

The point of this post is that today is the starting day of my "Salad for a day" campaign. Potong riben cepat. Gunting mana?? Penat dah Datin-Datin Seri ni menunggu. And hopefully I can muat back into that shrinked skinny jeans. Ptuihhh. And yes, I ended up being faithful to the campaign ALONE! Thanks ma :). Let us see how long can I be committed to this. Mari kawan-kawan kita amalkan gaya hidup yang sihat. Gilelah. Pasne kerajaan panggil suruh masuk iklan Kementerian Kesihatan. Haha

Grilled chicken salad

:)

0 comments: